Monday, April 13, 2015

Annah Rais Hot Spring

1. Annah Rais (Hot Spring)

Annah Rais Hot Spring terletak di kawasan Padawan. Jarak kira- kira 60km dari Bandaraya Kuching dan memakan masa kira-kira sejam (jika tiada traffic jam di Batu 3, Batu 7, Batu 10) terletak di kawasan Perkampungan Bidayuh, Annah Rais merupakan kawasan yang sesuai untuk seisi keluarga beriadah serta beristirehat. Jauh dari kesibukan kota, Annah Rais terlindung dari pencemaran dan diliputi oleh hutan kecil.

a) Sungai Annah Rais yang sejuk


b) Sungai Annah Rais yang sejuk (seksa u)


Apa yang menarik, disini terdapat dua sungai yang berbeza, iaitu mempunyai air yang sejuk  (Gambar a dan b) untuk menikmati air sejuk dan dingin dan (Gambar c dan d) untuk menikmati air panas. aktiviti yang boleh dilakukan seperti mandi, merendam kaki untuk tujuan kesihatan (reflexology), merendam telur (tetapi tidak digalakkan untuk dimakan) kerana kandungan sulfur yang beracun. Berkesan untuk sesiapa yang selalu sakit kaki, gaot, dan merehatkan kaki. semakin lama semakin bagis kerana saya sendiri mengalami sakit kaki. maklumlah....



c) Kolam air panas



d) Sungai air panas

 akiviti yang boleh dilakukan iaitu makan la apa lagiii


e) berselera makan you!

f) zoom apa tu?




g) air pancur


2. Borneo Highlands



c) Borneo Highlands
Selain itu, Borneo Highlands ala-ala Genting Highlands dan Cameron Highlands turut berdekatan dengan lokasi ini. tetapi, anda dinasihatkan menaiki kenderaan yang disediakan kerana bukit dan curam yang memerlukan kepakaran dan kereta 4WD sahaja. Kereta sedan xdapat naik ya!


3. kampung Annah Rais

d) Sekitar Perkampungan Annah Rais

e) Sekitar Perkampungan Annah Rais

                                                     
f) Sekitar Perkampungan Annah Rais

Andan boleh berkunjung ke Perkampungan Bidayuh iaitu Kampung Annah Rais. jangan risau, mereka mudah menerima tetamu dan disini terdapat homestay untuk disewa jika ingin mengalami persekitaran masyarakat etnik bidayuh. Perkampunagn ini akan menjadi meriah pada 1-2 Jun setiap tahun untuk merayakan Hari Gawai Dayak. Disini juga terdapat kedai mini jika ingin membeli makanan atau minuman. Jangan lupa bergambar di sini ya!

g) Pengunjung dari Kuala Lumpur, Mie 24 Tahun 
 Jangan lupa untuk menagkap gambar yang menarik dan jika anda vernasib baik, anda akan dapat melihat view awan menyeliputi gunung yang mengasyikkan. berhati-hati memandu kerana jalan agak kurang memuaskan. Line Celcom dan Digi turut terdapat disini walaupun agak lemah signalnya

h) k.a.m.i


4, Kampung Teng Bukap

Kampung ini terletak di kawasan Padawan, boleh tahan perjalanan dari Kampung Annah Rais, untuk melalui kawasan ini , anda akan melalui Jalan Padawan Lama atau melalui Jalan Puncak Borneo. Di sini terdapat gua air yang agak tersorok melainkan anda penduduk asal kampung itu. Nikmatinya!

i) Gua Teng Bukap


j) anda terpaksa melalui jambatan ngeri ini untuk ke gua tersebut


k) Santai katanya


l) Subhanallah


m) jalan yang berliku, namun menyeronokkan

Untuk berkunjung ke sini, pengangkutan persendirian diperlukan kerana tiada pengangkutan awam disediakan. Anda boleh menghubungi saya untuk pakej trip ke sini. Pelancong Muslim dinasihatkan membawa makanan sendiri kerana tiada gerai makanan islam berhampiran kawasan ini. Walaubagaimanapun, terdapat surau di perkampungan Bidayuh Islam di kawasan persekitaran (Kampung Belimbing).

Tempat pelancongan Berdekatan:

a) Borneo Highlands 
b) Kampung Annah Rais (Rumah Etnik Bidayuh
c) Kampung Teng Bukap

What to do:
a) Bawak snek, makanan ringan, telur (untuk eksperimen kolam air panas)
b) bawak insect repellant
c) camera, gopro, monopod
d) datang sebelum pukul 4 kerana tempat ini ditutup pada pukul 5
e) isi minyak full atau half tank kerana tiada stesyen minyak, yanga da cuma di batu 10 dan batu 7.
f) Membawa pakaian persalinan secukupnya

What not to do:
a) menjaga tutur bicara kerana tempat perkelahan ini akan melalui hutan kecil
b) membuang sampah merata-rata
c) memandu laju kerana jalan untuk ke sini berbukit bukau dan bengkang bengkok
d) balik sebelum malam kerana jalan yang gelap dan agak 'ngeri'

Sekian!














No comments:

Post a Comment